Yuran Surau



Assalamualaikum wbkt..


Perhatian untuk semua ahli kariah 


STBM kini di dalam process mengemaskini semula sistem kutipan yuran surau. Yuran surau sebanyak RM24 sahaja setahun ini  (atau RM2 sahaja sebulan utk setiap rumah orang islam) adalah sangat rendah berbanding dengan surau lain memandangkan ianya telah di persetujui semua sejak surau ini mula di bina dulu tanpa sebarang revision selepas itu. Di atas perkara tersebut, kami memohon semua yang berkenaan dapat kiranya menjelaskan yuran surau sebanyak RM 24.00 setahun ini .


STBM amat memerlukan sumbangan tersebut untuk membayar pelbagai bil dan penyelengaraan serta pembangunan kawasan surau untuk kegunaan kita bersama.


Pembayaran yuran surau boleh di buat terus ke Bank Islam 05012010049528 atas nama Surau Taman Bukit Margosa dan email maklumat anda seperti yang berikut ke suraumargosa@gmail.com


1. Nama
2. No Rumah dan No Jalan
3. No telefon
4. Jumlah Bayaran


Anda juga boleh membuat bayaran secara tunai kepada  Encik Raza Muddin Idris atau Ustaz Ramlan Salih atau mana2 AJK seperti yang di tulis di blog ini. 


Sumbangan Persendirian dan yuran yuran yang diterima adalah sangat dihargai..


Hanya Allah swt jua yang membalasnya.  InsyaAllah. Aamiinn. 

Tabung Ibadah Qurban TBM 1437H






Ini adalah projek terbaru STBM. Projek Tabung Ibadah Qurban 1437H.  Tujuan projek ni di lancarkan tak lain tak bukan adalah untuk membantu hasrat penduduk TBM yang ingin membuat qurban dan menyimpan secara ansuran supaya tidak terbeban dengan bayaran sekali gus.

Alhamdulillah, selepas di war warkan tak sampai seminggu, penyertaan dari warga TBM amat menggalakkan dan penyertaan sudah pun di tutup.

Untuk yang berjaya memberi nama untuk sertai projek ini, sila berhubung terus dengan mana2 AJK di dalam poster untuk urusan bayaran ansuran selama 8 X.  Jangkaan harga satu bahagian ialah RM600.

Semoga cita-cita STBM untuk membantu penduduk islam TBM di permudahkankan. Aminn..

Sambutan Maulidur Rasul TBM

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat taman sudah berjaya di laksanakan.  Kehadiran amat menggalakkan. Semoga ilmu yang di timba mampu menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan mengikut sunnah. Aminnn..


Perkongsian menarik dari Ustaz Zulzaidi






Alhamdulillah. Penuh.