Persiapan Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Kariah





Alhamdulillah.... Berikut adalah bbrp keping photo menunjukkan persiapan jemaaah Taman Bukit Margosa
Photo Gallery by QuickGallery.com

Majlis Qatam Quran Kanak2 dan Lelaki STBM 2015






Alhamdulillah, seperti yang di rancangkan, Rewang, Majlis Qatam Quran sudah berjaya di laksanakan pada penutup 2015 iaitu pada 31 Dec 2015 di Surau Taman Bukit Margosa. Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan juga pada yang hadir menjayakan majlis kita ini. Semoga lepas ini penglibatan jemaah akan lebih ramai lagi dlm usaha mengimarahkan surau kita ini. 

Lihat beberapa photo sepanjang majlis:

Persiapan Majlis Qatam Quran :


Photo Gallery by QuickGallery.com





Majlis Qatam Quran Kanak Kanak:


Photo Gallery by QuickGallery.com



Majlis Qatam Quran Lelaki:


Photo Gallery by QuickGallery.com

Sekitar Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nursalam Al Hafiz





Alhamdulillah Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nursalam Al Hafiz dari Maahad Tahfiz Lampung , Sumatera berjalan dengan lancar dengan sambutan yang amat menggalakkan walaupun ramai yang sedang bercuti panjang ketika itu iaitu 25 Dec 2015. Di bawah adalah beberapa gambar persedian dan ketika majlis di adakan.Semoga majlis ilmu yang di adakan ini mampu memberi ilmu yang berguna utk kita berjaya dunia dan akhirat. Aaminnn....
Photo Gallery by QuickGallery.com

Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustz Nursalam al Hafiz



Lagi projek surau taman bukit margosa
Cermah maulidul rasul
Tarikh 25 Dec 2015 lepas maghrib
Tempat: surau taman bukit margosa
Penceramah: Ustz Dr Nursalam Abd Mutalib Al Hafiz
Mudir Mahad Tahfiz Lampung, Sumatra

Percuma
Terbuka pada semua
Jemput hadir ya






Aktiviti Mengemas Surau & Persekitaran





Alhamdulillah....Helwa Surau Taman Bukit Margosa baru baru ini telah bergotong royong membersihkan surau dan halaman surau untuk persediaan Majlis Qatam Quran Peringkat Surau yang akan berlangsung pada 31 Dec 2015 dan juga sebagai persediaan Sambutan Maulidul Rasul.

Terimakasih kepada ahli helwa yang sama2 bergotong royong....Insyaallah...dgn perlbagai perancangan dan sokongan penduduk.... surau kita lebih ceria... :)




Photo Gallery by QuickGallery.com

Kursus Asas Haji 2016 Sbn







Assalammualaikum

Kepada bakal2 jemaah haji , berikut adalah jadual kuliah untuk 2016 untuk daerah Seremban. Semoga ia mampu membantu para jemaah membuat perancangan khas nya untuk kariah Taman Bukit Margosa.


AJK STBM 2015-2016

KAMI YANG MENJALANKAN AMANAH...


PENGERUSI

Ustaz Zamaksyari B. Abd Ghani



NAIB PENGERUSI

Hj Nazir Bin Ramli



SETIAUSAHA

Azmi Amdan



NAIB SETIAUSAHA

Mohd Nor Azwan B. Wahazan




BENDAHARI

Raza Muddin Idris



BIRO EKONOMI

 
Hj Abdul Hamid Ahmad                 Mohd Jefri Yahya



BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN

  
                Hj Raduan b. Nasir            Ustzh Norhasni Mohd Yusof         




BIRO KECERIAN DAN ALAM SEKITAR

   
Adnan Abu Samah                        Hjh  Rohayati Harun
            


BIRO KEBAJIKAN

      
Ust Ramlan bin salih                        Zaini b Aris                       Siti Hajjar Abdul Majid
  



BIRO PEMBANGUNAN

Azizul Rahman Hj Md Yusof




HELWA

  
Marhamah binti Abdullah      Hanimah binti baziran
                                       


AJK 

Norazalina bt Sahardin                      Md Yunus bin Sahab



JURU AUDIT DALAMAN

   
Rohaizat Kamal Ariffin                                  Syahiran Hashim





INFO LAIN:

Imam 1. Ustaz Zamak
Imam 2: Haji Nazir

Bilal 1: En Zaini
Bilal 2 : En Raduan

Siak: En Zainal & En Rahim

PR: Ustz Ramlan


Sebarang pertanyaan, susulan, bantuan demi kebaikan dan kemajuan surau taman dan jemaah taman amat di alu alukan.  Sila berhubung dengan kami di no di atas atau email ke suraumargosa@gmail.com .







Mesy Pertama AJK STBM 2015-2017

Alhamdulillah


Mesyuarat pertama AJK baru telah di laksanakan pada Ahad 22 November 2015 di bilik serbaguna STBM. Pelbagai Biro telah di bentuk dalam usaha menyemarakkan STBM dan menjadikan STBM lebih tersusun dan cemerlang. Antara yang di bincangkan termasuklah aktiviti STBM, pembangunan STBM dan program mengumpul serta mencari dana STBM.  Sumbangan serta khidmat nasihat serta kepakaran dan sokongan dari ahli kariah Taman Bukit Margosa untuk tujuan aktiviti dan pembangunan STBM amat di alu alukan. Sebarang derma atau wakaf yang ingin di salurkan boleh lah hubungi mana2 pihak AJK STBM . Mudah mudahan ia akan menjadi saham akhirat kita... Aminn...


Sekitar Mesyuarat AJK pertama..









Mesyuarat Agong Ke 7 STBM

Alhamdulillah

Mesyuarat Agung ke 7 STBM telah berlangsung di perkarangan Taman Bukit Margosa pada Sabtu, 7 November 2015.  Tahniah dan jutaan terimakasih kepada ahli kariah yang sudi hadir dan memberikan pelbagai pandangan untuk kemajuan STBM dan mengeratkan ikatan ukhuwah antara ahli kariah.  Mesyuarat telah di rasmikan oleh Tuan Haji Wan Abdullah Hji Wan Su, Pengerusi Kariah Masjid Taman Panchor Jaya dan majlis di pengerusikan oleh Mantan Pengerusi STBM sebelum ini, Ustaz Japri Bahari. Setelah perlantikan AJK baru,  mesyuarat di tangguhkan oleh Pengerusi baru, Ustaz Zamaksyari pada jam 1150 am. Semoga dengan perlantikan baru  AJK STBM 2015-2017 ini, STBM akan lebih cemerlang dalam berdakwah dan menyatukan ahli kariah khas nya penduduk Taman Bukit Margosa.  Aminn..


Sekitar Mesyurat STBM








Sejarah STBM

SURAU TAMAN  BUKIT MARGOSA


Assalammualaikum.... Sedikit sejarah mengenai nama surau dan nama taman kami.  Ia berasaskan nama pokok Margosa atau semambu yang memang sangat banyak khasiatnya. Surau kami ini pada mulanya menumpang sementara di salah satu rumah hinggalah akhirnya terbina surau ini. Pada permulaannya, kedudukan surau memang amat strategik iaitu di tepi jalan utama ke taman Bukit Margosa sehinggalah pembinaan Lebuhraya Lekas yang melintasi taman kami, telah menyebabkan taman seolah2 terbahagi dua dan kedudukan surau kami agak tersuruk dan jauh.

Namun, Alhamdulillah, walaupun agak jauh dan tersuruk...pelbagai aktiviti tetap di teruskan untuk menyemarakkan surau dan ukhuwah antara penduduk. Allah swt nak bagi pahala lebih..InsyaAllah..

Jika tanya pada penduduk2 baru, mungkin ada yang tak tahu di mana surau kami ni... Ok, Sekarang dah tau..jom sama2 kita semarakkan surau kita ini...


Surau Taman Bukit Margosa
Jalan Margosa 2/1, Taman Bukit Margosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia


TIDAK PERNAH KU HARAPKAN





Ya Illahi,

tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.

Ya Illahi,

Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,

Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,

Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.

Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.

Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.

Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi

-nukilan: Mujahid Areryl